Sunday, August 18, 2013

(32 GAMBAR) Keriangan Artis-Artis Tanah Air Menyambut Aidilfitri

Cepat sungguh masa berlalu. Sedar-sedar sudah hampir seminggu bulan Syawal berlalu. Namun begitu, masih lagi terasa kemeriahan Aidilfitri. Hujung minggu ini pasti ramai yang akan buat rumah terbuka. Kalau sudi, jemputlah penulis sekali ye.


Raya tahun ini pasti lebih meriah buat Fouziah Gous kerana sudah bergelar tunangan orang. Tahun depan bila dah sah jadi suami isteri, pasti lebih best. Boleh bersalam-salaman memohon maaf. Pasti lebih terasa kesyahduan di pagi raya. Tak gitu?



Penulis suka tengok gambar keluarga Zizie Ezette dan Bung Mokhtar ini. Memang jelas terserlah kebahagiaannya. Semoga pasangan ini akan dikurniakan berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga tidak lama lagi. Beberapa keping lagi gambar selebriti-selebriti tanah air menyambut Aidilfitri dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

































Gambar dan punca Ustaz Azhar Idrus kemalangan (5 Photo)


Gambar dan punca Ustaz Azhar Idrus kemalangan - Berita gempar bagi para peminat Ustaz Azhar Idrus selepas beliau difahamkan terlibat dalam satu kemalangan ngeri sekitar pagi tadi di Kampung Pengadang Baru, Terengganu selepas berlanggar dengan sebuah kereta proton iswara hitam.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di kawasan lampu isyarat berhadapan dengan bangunan Desa Murni. Ustaz Azhar Idrus dan isteri tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya bahagian depan kereta Voklwagen miliknya yang hancur. Pemandu proton iswara itu pula mengalami kecederaan ringan.

Kemalangan dikatakan berpunca daripada kecuaian pemandu pronton iswara yang keluar terus dari simpang tanpa melihat sebarang kenderaan dari sebelah kiri dan kanan. Nampak gayanya, Ustaz Azhar Idrus terpaksa mengeluarkan senyuman meweknya untuk meredakan keadaan orang ramai.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar kemalangan ngeri melibatkan kereta Voklwagen milik Ustaz Azhar Idrus dan proton iswara. Korang lihat sendiri, kereta buatan malaysia hancur remuk berbanding kereta buatan luar negara. Tak hairanlah kenapa Ustaz Azhar Idrus dan isteri tak cedera.





Thursday, August 15, 2013

VIDEO wanita berniqab merakam video serangan tentera Mesir mati ditembak

wanita di tembak tentara mesir
Semalam gempar apabila dilaporkan lebih 450 penyokong bekas Presiden Mohamad Morsi terkorban manakala lebih 10,000 cedera apabila tentera dan polis Mesir menyerbu tempat perhimpunan mereka di Dataran Rabaah Adawiyah.
Dalam pada itu, sebuah video rakaman amatur yang kini sedang viral di laman sosial Facebook menunjukkan seorang wanita berniqab ditembak mati oleh penembak tepat.
Video 48 saat itu menunukkan seorang wanita berniqab bertindak berani merakam serangan video serangan terhadap penyokong Morsi.
Merujuk kepada saat ke 14 rakaman tersebut, wanita itu sedang asyik membuat rakaman.
Secara tiba-tiba, wanita tersebut rebah dan dia diangkat oleh saksi-saksi yang berada di tempat kejadian untuk dibantu.
Kelihatan kesan tembakan di hadapan dada wanita tersebut.
Apabila diterbalikkan mangsa, darah telah membasahi baju wanita tersebut.
Jelas, tembakan tersebut dibuat oleh penembak tepat dan tembakan tersebut menembusi jantung wanita itu.
Umum beranggapan bahawa tindakan penembak tepat menembak wanita itu disebabkan mereka tidak mahu situasi sebenar di Mesir tersebar kepada media.
Para wartawan juga dikatakan menjadi mangsa kepada sasaran penembak tepat disebabkan yang menjadi sebahagian daripada amaran supaya tragedi di Mesir itu tidak disebarkan kepada dunia.
Memetik laporan Al-Jazeera, selain menggunakan jentolak dan kenderaan berat yang lain, tentera memasuki kawasan perhimpunan dengan dibantu helikopter yang menembak dari udara.
Bunyi tembakan terus bergema di kawasan ini ketika ambulan tidak dibenarkan masuk untuk membawa keluar mereka yang tercedera.
Akibat daripada itu, penyokong Morsi mengisytiharkan mogok awam dan menutup pejabat awam tempat mereka bekerja di seluruh negara bergolak itu.
Siaran TV secara langsung dari Dataran Rabaah juga dihentikan manakala penembak tepat dikatakan menembak pihak yang mengambil gambar dari helikopter mereka.
Takziah kepada wanita itu dan semua umat Islam yang terbunuh dalam pertempuran yang sangat menyayat hati semalam.
Al-Fatihah.
Saksikan video tragik itu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
https://sites.google.com/site/r4vemaster/my-file/fb-like-pop.css sites.google.com