Saturday, February 23, 2013

[GAMBAR][HATI-HATI KASUT BERKALIMAH ALLAH]

ADMIN HARI NIE NAK TUNJUK SATU JE... GAMBAR KASUT YG ADE KALIMAH ALLAH
MUSUH-MUSUH ISLAM SELALU BERFIKIR NAK JATUHKAN ISLAM... MARILAH KITA BERSATU...







BERHATI-HATILAH SELEPAS INI.. SEBARKAN YE (^_^)

 



Friday, February 22, 2013

[SEDIH] [BAPA TETAK ANAK]


NAUZUBILLAH....
ini angkara bapa sendiri..
sesungguhnya budak yang tidak berdosa ini akan ditempat di syurga..
bapa sakit mental, anak jadi mangsa..
manusia skrg mmg perangai pelik2

Seorang bapa yang dipercayai sakit mental menyembelih anak sendiri berusia tiga tahun sebelum cuba membunuh diri di Kampung Sungai Keladi, dekat sini, pagi tadi

Dalam kejadian 11.50 pagi itu, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi mati di tempat kejadian manakala bapanya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih diri sendiri.Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai pernah mendapat rawatan mental di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.

Beliau yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di sini dipercayai sudah lama tidak mendapatkan rawatan penyakit mentalnya itu.

------------------------------------------------------------------------------------------

Anak-anak muslim yang meninggal dunia di waktu kecil, ertinya sebelum baligh di barzakh, dikumpulkan pada suatu tempat dan diasuh oleh Nabi Ibrahim. Setelah kiamat nanti mereka itu langsung dipindahkan ke syurga akhirat. Mereka tidak mengalami teriknya panas matahari, tidak melalui hisab, tidak melalui mizan dan tidak meniti titian Sirat. Setelah dibangkitkan terus dipindahkan ke dalam syurga Jannatun Naim.

Setelah dipindahkan ke syurga, maka anak-anak ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kepada ayah bondanya, lupa kepada kampung halamannya, lupa semuanya. Pada suatu hari nanti, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, tiba-tiba ada malaikat memberitahu : " Hai Wildan! lupakah engkau kepada ayah bondamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga". Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Lalu mereka ambil air untuk diminum, makanan dan pakaian, lantas mereka itu berlari-lari sambil menangis menuju pintu syurga. Setelah trompet berbunyi, pintu syurga terbuka perlahan-lahan. Maka sekalian orang berhamburan masuk ke dalam syurga itu dan ketika inilah anak-anak ini sibuk mencari ayah bonda mereka. Mereka berjalan ke sana-sini mencari tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis membawa minuman, pergilah mereka kepada malaikat menanyakan : "Oh, malaikat, mana ayah dan bondaku? Kata mereka sambil menangis.

Malaikat menjawab :"Oh Wildan, malang kamu, ayah dan bondamu terjatuh ke dalam neraka". Mendengar hal yang demikian maka anak-anak ini menangis dengan ratapan yang menyayat hati. "Oh ibuku Oh ayahku. Apakah kesalahanmu ayah? Apakah dosamu ibu, maka sampai terjatuh ke dalam neraka". Mereka menangis dan meratap. Kata malaikat : "Hai Wildan, jangan menangis, mengadulah pada Nabi Muhammad SAW".

Setelah anak-anak ini mengadu pada Nabi SAW, lantas Nabi berdoa, lalu dikeluarkan orang-orang mukmin yang berada dalam neraka itu atas dasar syafaat dan keberkatan doa Nabi SAW. Setelah bertemu dengan anak di pintu syurga, anak yang meninggal dunia sewaktu kecil, anak yang menjadi kerinduan siang malam selama ini, aduh gembiranya tidak terhingga. Berfirman Allah SWT : "Pada hari itu mereka berjumpa dalam keadaan gembira." (Ad-Dahr :11).


SUMBER>> FACEBOOK PAGE DR AMIRUL AMIN

Thursday, February 21, 2013

21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh



1. Tidur lebih awal.

2. Bersunguh-sungguh dalam bersuci dan berzikir sebelum tidur

3. Tekad untuk bangun solat subuh

4. Berzikir kepada ALLAH SWT ketika bangun

5. Minta bantuan keluarga atau orang -orang soleh untuk bangun solat

6. Berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi taufik untuk bangun solat

7. Mengguna saranan saranan peringatan

8. Memercikkan air di wajah orang yang tidur

9. Tidak tidur sendirian

10. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain

11. Keinginan yang kuat untuk bangun dan jangan bangun secara bertahap

12. Jangan kunci jam loceng terlalu jauh dari dari waktu solat

13. Menyalakan lampu di saat bangun

14. Tidak berjaga malam terlalu lama

15. Tidak memberbanyakkan makan sebelum tidur

16. Jangan salah menerapkan sunah berbaring setelah solat sunat fajar

17. Mengerjakan qimaymul lail di waktu terakhir sebelum subuh

18. Mengikut pentunjuk Nabi Muhammad SAW dalam cara berbaring saat tidur

19. Tidur di siang hari ( Qailulah)

20. Jangan tidur sesudah asar dan sesudah maghrib

21. Ikhlas kerana ALLAH SWT

Dipersilakan SHARE.



[PENTING] KHUSUS UNTUK IBU BAPA




UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA... KHUSUSNYA IBU BAPA DILUAR SANA..



1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control


3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

sumber artikel>> FACEBOOK ;)

40 nasihat Sayyidina Ali Ibn Abi Talib


Berikut adalah 40 nasihat Sayyidina Ali Ibn Abi Talib k.w.j sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Sayyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al-Bayan Wattabyeen oleh Al-Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al-Jaahidh r.a.:

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.

4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

5. Jagalah ibubapamu, nescaya anak-anakmu akan menjaga kamu.

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah SWT.

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada kearifan. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.

9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu.

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.

12. Mengajar adalah belajar.

13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.

14. Insan terbahagi kepada 3: Mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.

19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.

21. Allah SWT merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.

22. Sifat seseorang itu tersembunyi di sebalik lidahnya.

23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.

24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya.

25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.

29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.

30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.

32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.

33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura.

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

Fahami dan hayatilah kata-kata yg penuh hikmah ini....


[TERKINI] HARLEM SHAKE ROSAKKAN UMAT ISLAM SELEPAS GANGNAM STYLE

ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA PEMBACA.... MUNGKIN DAH RAMAI TAHU DGN VIDEO KAT YOURUBE SEKARANG NIE KAN?? TAJUK DIE HARLEM SHAKE...
JIKA DILIHAT OLEH ANAK MUDA MASA KINI VIDEO INI... BOLEH MENYEBABKAN ROSAKKNYA AKHLAK ....
VIRAL HARLEM SHAKE BAHAYA UNTUK UMAT ISLAM. 
AYUH SAMA-SAMA SELAMATKAN UMAT ISLAM KHUSUSNYA DI MALAYSIA DARI TERUS MENAMPILKAN AKHLAK BURUK TARIAN INI DI YOPUTUBE...

JANGAN KERANA TERASA IANYA LAWAK, KITA KETEPIKAN SOAL AKHLAK...




SEBARKAN YE... ;)


DAKWAT KEKAL [GAMBAR]

  

 


BACA ARTIKEL PENUH DISINI>>> DAKWAT KEKAL PRU 13


Masih ada pemilih keliru penggunaan dakwat kekal



KUALA LUMPUR - Dalam bahang pilihan raya umum ke-13, yang akan diadakan bila-bila masa sahaja, masih ramai rakyat Malaysia keliru dengan maksud penggunaan dakwat kekal yang akan digunakan buat pertama kali.
  
Pemilih berdaftar yang ditemui penulis secara rambang umumnya menyangka dakwat kekal adalah suatu alat yang akan digunakan bagi menanda kertas undi pada hari pengundian nanti.
  
Antaranya seorang penjawat awam, Khairunila Khalid, 50, berkata beliau berpendapat penggunaan dakwat kekal itu merujuk dakwat pen yang akan digunakan untuk menanda kertas undi berbanding pensil yang digunakan sebelum ini.
  
Berkongsi pandangan sama, seorang eksekutif perhubungan pelanggan, Noor Ain Isaak, 26, yang akan mengundi buat pertama kali: "Saya ingat dakwat kekal ini digunakan untuk menanda kertas undi supaya undi itu tidak boleh diubah."
  
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika ditemui Bernama baru-baru ini menjelaskan penggunaan dakwat kekal merujuk calitan di atas jari telunjuk tangan kiri pengundi, yang tanpa calitan dakwat berkenaan kertas undi tidak dikeluarkan kepadanya.

Beliau menegaskan pengunaan dakwat kekal adalah satu langkah mengelakkan pengundian berulang seperti yang didakwa sesetengah pihak, bertujuan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ketelusan proses pengundian.
  
"Sebelum ini banyak tohmahan dan fitnah terhadap SPR mendakwa ada pengundi Malaysia mengundi lebih daripada sekali walaupun selama ini tidak pernah dibuktikan.
  
"Bagaimanapun, SPR ambil tindakan atas syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya) untuk gunakan dakwat kekal ini dicalit pada jari pengundi sebelum kertas undi dikeluarkan," katanya.
  
Penggunaan dakwat kekal pada PRU-13 selaras dengan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012 yang diwartakan Februari tahun lepas.
  
Abdul Aziz menegaskan setiap pengundi berdaftar yang mahu mengundi mesti dicalit dakwat kekal sebelum kertas undi diberikan kepada mereka termasuk pengundi awal tetapi tidak melibatkan pengundi pos.

"Kalau tiada jari telunjuk, ada cara lain. Yang penting ada tanda dakwat kekal. Bila dah calit barulah namanya diteriak dan kertas undi diberikan. Kalau kata tak mahu calit, beri macam-macam hujah pun kita tak akan beri kertas undi," katanya. 
  
Mengulas perkara itu, beliau berkata seseorang pengundi yang masuk ke pusat mengundi mestilah menunjukkan jari-jari tangan yang bersih kepada kerani pengundian bertugas terlebih dahulu sebelum menyerahkan kad pengenalan, dan namanya disebut untuk membolehkan kertas undi dikeluarkan.
  
"Inilah kali pertama penggunaan dakwat kekal. Kita harap tiada masalah. Kita dah buat latihan dan ia tak makan masa lama kerana dakwat kekal ini cepat kering," katanya.
  
Menurut poster SPR, tatacara mencalit dakwat kekal adalah seperti berikut:
    * Dakwat kekal dicalitkan pada jari telunjuk kiri pengundi, atau
    * Mana-mana jari kiri jika tiada jari telunjuk kiri
    * Jari telunjuk kanan jika tiada mana-mana jari kiri 
    * Mana-mana jari kanan jika tiada jari telunjuk kanan, atau
    * Dicalit pada hujung lengan kiri jika tiada mana-mana jari.

Memandangkan terdapat dua jenis pengundi iaitu pengundi awal dan pengundi biasa, Abdul Aziz berkata SPR akan menggunakan dua jenis dakwat yang berbeza daripada aspek ketahanannya.

 
"Bagi pengundi awal, dakwat akan tahan lebih lama. Kita tak mahu tuduhan kata orang yang sama ini akan mengundi lagi sebagai pengundi biasa. Untuk undi biasa, kita ada dakwat kekal berlainan warna.
  
"Dakwat kekal ini tidak boleh ditiru. SPR akan edarkan ke pusat-pusat pengundian sekali dengan peralatannya seperti berus dan pelapik jari berserta kertas undi dan kotak kertas undi pada petang hari sebelum mengundi," jelasnya.
  
Abdul Aziz berkata penggunaan dakwat itu bukan sahaja mendapat kelulusan Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan bagi memastikan tidak menjejaskan kesihatan atau mempunyai kesan sampingan, malah turut mendapat kelulusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
  
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 11 Jan 2012 memutuskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum adalah harus dan dibenarkan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat itu tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air.
  
Penggunaan dakwat kekal pernah dicadang untuk digunakan pada pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008 tetapi dibatalkan atas nasihat perundangan serta aspek ketenteraman dan keselamatan awam.  - Bernama

SUMBER ARTIKEL>> BERITA HARIAN>>BERNAMA

PEMBAHARUAN untuk yg lahir tahun 1996 dan keatas


SALAM... ADMIN JUST AMIK GAMBAR NIE DARI INTERNET... ENTAH BETUL ENTAH TIDAK... HIHIHI..... BAGUS LAH???


BERUNTUNGLAH SIAPA YANG TERLIBAT.... HAHAAA.... =)

NASEB BAEK ADMIN DA AMIK LESEN KERETA... =)

by: admin ~maa~

Wednesday, February 20, 2013

AWAS WANITA..GAMBAR ANDA MUNGKIN DIEDIT [GAMBAR]














ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA PEMBACA SEKALIAN...
HARINI ADMIN JUST NAK INGATKAN KEPADA SEMUA KHUSUSNYA WANITA...
JANGANLAH LETAK BANYAK SANGAT GAMBAR DI FACEBOOK ATAU DI LAMAN WEB SOSIAL YANG LAIN.... ANDA UPLOAD SATU GAMBAR.... MACAM-MACAM BOLEH JADI TAU... ORANG SEKARANG NIE MACAM2 DIA BOLEH EDIT... X SAMPAI 5 MINIT ... DAH BOLEH BOGELKAN SESEORANG TU.... SENANG JE KAN... SO HATI-HATILAH LEPAS NIE YE....

TGK GAMBAR KAT BAWAH NIE... SATU CONTOH GAMBAR YANG DIEDIT....




NAMPAK MACAM REAL KAN.... YANG DALAM GAMBAR NIE PON SATU... KENAPA PAKAI MACAM NIE....INILAH SEBABNYA ISLAM MENYURUH KITA TUTUP AURAT DAN BUKANNYA BALUT AURAT.... BOLEH BEZAKAN TAK????

SO... HATI2 LAH LEPAS NIE YE...

PESANAN BERJAGA-JAGA DARI ADMIN ~MAA~

~SHARE JIKA BERMANFAAT~


TENANG



Tenang...
Tenangnya hati tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,
Tenangnya jiwa tidak boleh dipinjam oleh sesiapa,
Tenangnya akal tidak dapat di capai dengan kekusutan dunia.
Tenangnya bersama Allah,
Ketika aku tidur, Engkau selalu jaga dan melihatku lena,
Ketika aku sakit, Engkau menghapus segala dosa-dosa yang lama,
Ketika aku sesat, Engkau tarik aku kembali ke jalan-Mu,
Ketika aku sujud, Engkau hadirkan ketenangan dan harapan yang baru.
Tenangnya bersama Allah,
Engkau penjagaku setiap masa,
Memerhati setiap gerak geriku,
Mengabulkan doa-doa ku,
Dan membuat ku rasa selamat.
Tenangnya bersama Allah,
Bila keyakinan terhadap Mu telah tinggi,
Maka aku tidak takut lagi,
Tidak takut untuk mencari-Mu ketika aku susah,
Tidak lupa untuk memuji-Mu ketika aku senang,
Dan tidak sanggup untuk aku mengulangi dosa dan maksiat lama.
Tuhanku,
Aku rasa tenang bersama-Mu,
Dan aku ingin kembali untuk bertemu dengan-Mu,
Dalam keadaan yang Engkau redhai,
Kabulkanlah doa ini, Ya Rabb...

sumber>  artikel iluvislam.com

~MAA~

Berhenti Lakukan 30 Perkara Ini!




Maria Robison pernah berkata, ” Tiada sesiapapun boleh berundur kembali ke masa lepas dan memulakan kehidupan baru, tetapi sesiapapun boleh memulakannya hari ini dan membuat kesudahan yang baru.”
Berhenti menghabiskan masa dengan orang-orang yang salah. – Hidup ini terlalu singkat untuk menghabiskan masa dengan orang-orang yang seperti ini. Jika seseorang mahu anda dalam kehidupan mereka, mereka akan memberi ruang untuk anda. Anda tidak perlu berjuang untuk mendapatkannya. Pernah, pernah menegaskan diri kepada seseorang yang sentiasa menghadap bernilai. Ingat, orang yang berada di tepi anda ketika anda senang adalah musuh anda tetapi orang yang berada di tepi anda ketika susah adalah sahabat anda.

Berhenti lari dari masalah anda. – Semua orang di dunia ini tidak mudah untuk menahan tumbukan dari orang lain tetapi bagaimana untuk kita mengatasinya? adakah hanya sekadar mengelakkan diri hingga akhir? Pasti ada cara untuk menahan tumbukan dengan cara yang bijak. Jadi berhenti lari dari masalah kerana setiap permasalahan merupakan pengujian terhadap kemantangan kita.

Berhenti menipu diri sendiri. – Anda boleh berbohong kepada sesiapa sahaja di dunia, tetapi anda tidak boleh berbohong kepada diri sendiri. Dalam kehidupan kita mempelajari memperbaiki hanya apabila kita ada peluang, dan peluang yang pertama dan yang paling sukar yang boleh kita ambil adalah untuk menjadi jujur dengan diri kita sendiri. 

Berhenti meletakkan keperluan diri anda di belakang. – Perkara yang paling menyakitkan adalah jika anda hilang arah, hilang tujuan hidup dalam proses mencintai seseorang melampau! dan lupa yang diri anda juga istimewa. Ya, tolong orang lain; tetapi tolong diri anda juga. Jika tiba masa anda ada sesuatu perkara yang ingin anda lakukan dan perkara yang membawa kebaikan untuk diri anda, kinilah masanya!

Berhenti cuba untuk menjadi seseorang yang anda tidak boleh jadi. - Salah satu cabaran terbesar dalam kehidupan di dunia ini ialah cuba untuk membuat diri anda seperti orang lain. Seseorang akan sentiasa menjadi lebih cantik, seseorang itu akan sentiasa menjadi lebih bijak, seseorang akan sentiasa menjadi lebih muda, tetapi mereka tidak akan menjadi seperti anda. Jangan mengubah supaya orang akan suka anda. Jadilah diri sendiri dan orang yang ikhlas akan menyukai diri sebenar anda.

Berhenti bergantung pada masa lalu. – Anda tidak akan dapat memulakan episod baru sekiranya anda asyik melihat berulang kali episod lama

Berhenti menjadi takut untuk membuat kesilapan. - Melakukan sesuatu dan mendapat kesalahan sekurang-kurangnya sepuluh kali lebih bagus daripada tidak melakukan apa-apa. Setiap kejayaan mempunyai kegagalannya dan setiap kegagalan akan menuju ke arah kejayaan. 

Berhenti menilai diri dengan kesilapan lalu. – Anda mungkin cinta orang yang salah, menangis perkara yang salah, walau macam mana pun benda jadi salah, yang pasti, kesalahan membantu kita ke arah perkara dan orang yang betul. Manusia, semua buat kesilapan, ada perjuangan, dan juga ada penyesalan tentang yang lalu. Tetapi anda bukan kesalahan anda, anda bukan perjuangan anda, anda di sini SEKARANG dengan kuasa untuk membentuk hari dan masa depan anda. Setiap benda yang berlaku terhadap diri anda adalah penyediaan anda untuk masa yang akan datang.

Berhenti cuba untuk membeli kebahagiaan. – Banyak perkara yang kita inginkan adalah mahal. Tetapi hakikatnya, perkara-perkara yang benar-benar memuaskan kita benar-benar bebas – cinta, ketawa dan bekerja dengan gembira.

Berhenti melihat orang lain untuk kebahagiaan. - Jika anda tidak gembira dengan siapa yang anda berada di sekeliling anda, anda tidak akan gembira dalam hubungan jangka masa panjang dengan sesiapa pun. Anda perlu untuk mewujudkan kestabilan dalam kehidupan anda sendiri terlebih dahulu sebelum anda boleh berkongsi dengan orang lain.

Berhenti jadikan diri anda terbiar. - Jangan berfikir terlalu banyak atau anda akan mewujudkan satu masalah yang tidak ada di tempat pertama. Menilai situasi dan mengambil tindakan tegas. Anda tidak boleh mengubah apa yang anda tidak mahu kerana meningkatkan kemajuan adalah melibatkan risiko.

Berhenti pemikiran anda yang selalu tidak bersedia. - Tiada siapa yang pernah merasakan 100% bersedia apabila peluang timbul. Kerana peluang yang paling besar dalam kehidupan akan memaksa kita untuk berkembang dengan lebih maju.

Berhenti terlibat dalam hubungan untuk sebab-sebab yang salah. - Hubungan mesti dipilih dengan bijak. Ia adalah lebih baik untuk bersendirian daripada berada dalam kumpulan yang buruk. Tidak perlu tergesa-gesa. Jika anda berniat baik, pasti akan di balas dengan baik.

Berhenti menolak hubungan baru hanya kerana yang lama berjalan dengan baik. - Dalam kehidupan, anda akan menyedari bahawa terdapat tujuan untuk setiap orang yang anda jumpai. Sesetengah akan menguji kamu, sesetengah akan menggunakan anda dan ada yang akan mengajar anda. Tetapi yang paling penting, ada yang akan membawa jalan keluar yang terbaik untuk diri anda.

Berhenti cuba untuk bersaing dengan orang lain. - Jangan bimbang tentang apa yang orang lain lakukan walaupun ianya lebih baik daripada anda. Tumpukan sahaja dengan mengalahkan rekod anda sendiri setiap hari. Kejayaan adalah pertempuran antara ANDA dan DIRI sahaja.

Berhenti cemburu dengan orang lain. - Cemburu merupakan satu sifat yang kurang elok yang boleh mengundang bahaya sekiranya tidak pandai mengawalnya. Cemburu sikit-sikit bolehlah. Jangan sampai memudaratkan diri dan orang lain.

Berhenti mengadu tentang diri sendiri. - Semua orang pasti ada kelemahan diri. Walaupun kita tidak dapat menjadi seperti orang kaya atau berjaya, percayalah, sebenarnya diri kita adalah yang paling terbaik.

Berhenti  berdendam. - Jangan hidup dengan kebencian ada di dalam hati anda. Anda akan berakhir sehingga mencederakan diri sendiri lebih daripada orang yang anda benci. Pengampunan adalah jawapannya … mari mencari kedamaian, bebaskan diri sendiri! Dan ingat, keampunan tidak hanya untuk orang lain, ia adalah untuk anda juga.

Berhenti membiarkan orang lain membawa anda ke tahap mereka. - Jangan asyik menjaga hati orang lain sedangkan hati sendiri tidak terjaga.

Berhenti membuang masa menerangkan diri anda kepada orang lain. - Kawan-kawan anda tidak memerlukannya dan musuh anda tidak akan percaya juga. Hanya melakukan apa yang anda tahu di dalam hati anda sudah memadai.

Berhenti melakukan sesuatu yang sama berulang-ulang kali tanpa rehat. - Masa untuk tarik nafas ketika anda tidak ada masa untuknya. Kalau anda kerap melakukan sesuatu yang anda selalu melakukan, anda selalu dapat apa yang anda ingini. Kadangkala, anda perlu jauhkan diri anda dari melihat sesuatu dengan jelas.

Berhenti melupakan kenangan detik-detik kecil. - Nikmati perkara-perkara kecil, kerana satu hari jika anda teringatkannya, ia boleh menjadi perkara yang sangat besar dalam kenangan anda. Bahagian terbaik dalam hidup anda ialah kenangan yang kecil, ingat kembali detik-detik kecil anda tersenyum dengan orang yang anda bahagia.

Berhenti cuba untuk membuat perkara yang sempurna. - Di Dunia ini tidak ada ganjaran yang sempurna tetapi balasannya adalah baik jika anda lakukannya dengan ikhlas.

Berhenti mengikuti jalan yang kurang rintangan. - Hidup tidak mudah, terutama apabila anda merancang untuk mencapai sesuatu yang berfaedah. Jangan mengambil jalan yang mudah. Adakan sesuatu yang luar biasa.

Berhenti bertindak seperti segala-galanya adalah baik tapi ianya tidak. - Ia okay untuk jatuh selain untuk seketika. Anda tidak perlu sentiasa berpura-pura untuk menjadi kuat, dan tidak ada kekuatan untuk sentiasa membuktikan bahawa segala-galanya akan baik. Anda tidak perlu bimbang dengan apa yang orang lain sedang pikirkan – menangis jika anda perlu – ia sihat untuk menitiskan air mata anda. Lebih cepat anda lakukan, lebih cepat anda akan tersenyum lagi.

Berhenti menyalahkan orang lain dalam masalah anda. - Sejauh mana anda boleh mencapai impian anda? ia hanya bergantung kepada sejauh mana anda memikull tanggungjawab dalam hidup anda. Apabila anda menyalahkan orang lain atas apa yang anda lalui, anda menafikan tanggungjawab anda.

Berhenti cuba untuk menjadi segala-galanya kepada semua orang. - Berbuat demikian adalah mustahil, dan ia hanya akan membakar diri anda. Tetapi membuat seseorang tersenyum BOLEH mengubah dunia ini. Mungkin tidak seluruh dunia, tetapi dunia mereka.

Berhenti bimbang banyak sangat. - Jangan asyik berasa bimbang sahaja, kita tidak pasti bila ia akan berlaku. Tumpukan perkara yang ada di depan mata.

Berhenti memberi tumpuan kepada apa yang anda tidak mahu berlaku. – Fokus kepada apa yang anda mahu berlaku. Letakkan pemikiran positif  di barisan hadapan dan setiap kisah itu adalah kejayaan yang sangat besar. Jika anda bangun setiap pagi dengan pemikiran bahawa sesuatu yang indah akan berlaku dalam hidup anda hari ini, dan anda memberi perhatian teliti, anda sering akan mendapati bahawa anda adalah betul.

Berhenti yang tidak bersyukur. – Tidak kira bagaimana baik atau buruknya keadaan anda, bangun setiap hari dan bersyukur dengan kehidupan anda. Ada Seseorang di tempat lain yang lebih susah dan sedaya upaya berjuang untuk diri mereka. 

SUMBER ARTIKEL >> BACA SELANJUTNYA DISINI>>> BLOGAMAR

Tuesday, February 19, 2013

GAMBAR: Kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim Bercinta Dengan Jaguh Boling Negara



Siapa yang tidak kenal dengan kapten Harimau Muda, Safiq Rahim yang merupakan pakar sepakan percuma yang digeruni pihak lawan.
Begitu juga dengan pemain boling handalan negara, Zandra Aziela.
Mereka berdua dikatakan telah menjalinkan hubungan cinta beberapa bulan lepas.
Zandra dilihat amat mesra dan sangat sepadan dengan Safiq Rahim.
Diharapkan hubungan mereka dibawa ke jinjang pelamin…itupun kalau ada jodohlah. Insha Allah…

tengok gambar dan berita selanjutnya disini>>> http://mynewshub.my/2013/02/19/gambar-penyerang-harimau-muda-safiq-rahim-bercinta-dengan-jaguh-boling-negara/


KEMPEN PAKAI SARONG???



ADMIN RASE AGAK UNIK ACARA INI... TIDAK LAH SEPERTI DI LUAR NEGARA... YG BUAT NO PANTS(TIDAK BERSELUAR)...... SEPERTI VIDEO DI BAWAH NIE...




HRRMM... MMG BAGUS LA MALAYSIA... ;)

BACA KENYATAAN KOSMO ONLINE :

LRT, monorail adakan pesta sarong esok

24/02/2012 7:39pm

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Monorail esok digalakkan menyertai program ”Kereta Api Sarong”.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad, Datuk Shahril Mokhtar meminta orang ramai menyertai petugas RapidKL dan KL Monorail memakai sarong bagi menyokong dan memeriahkan acara itu.
"Malah, saya juga mengajak mereka yang tidak bekerja pada hari itu supaya sama-sama memeriahkan acara berkenaan dengan menaiki tren dan berkumpul bersama warga kota lain di Pasar Seni pada Sabtu pukul 4 petang. Tentu menarik nanti apabila melihat ramai orang memenuhi bandar raya dengan berkain pelekat dan berkain batik.
"Ini sesuatu yang boleh menyatukan semua rakyat Malaysia dan mempamerkan semangat 1Malaysia kerana ia tidak mengira bangsa, agama dan usia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau juga menasihati penumpang supaya menggunakan Kad MyRapid Prasarana untuk menjamin kelancaran perjalanan apabila menggunakan dua rangkaian perkhidmatan itu.
Program itu dianjurkan sebuah pertubuhan bukan mencari keuntungan Random-Alphabets bertujuan menggalakkan orang ramai berkomunikasi secara unik.- BERNAMA

AWEK PUNK PAKAI TUDUNG (GAMBAR)




Monday, February 18, 2013

SHILA AMZAH BUAT LAGU BARU

SALAM... ADAKAH LAGU INI DITUJUKAN KEPADA SHAERNAZ AHMAD???
SAMA-SAMA KITA DENGAR...

                           

BY: ADMIN ~MAA~

JARI TELUNJUK-UAI

APA BEZA LAMBANG A DAN LAMBANG B???
ADMIN ADE TERBACA SATU ARTIKEL KAT FACEBOOK... ARTIKEL NYE MACAM NIE..

Sunnah Yang Ditinggalkan!

Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

#Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah#


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

TAPI ADMIN MASIH MENCARI LAGI USTAZ2 YG BOLEH MENJAWAB PERSOALAN NIE... BILE CARI KAT YOUTUBE... TERJUMPE VIDEO USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB ISU JARI TELUNJUK NIE... JOM TGK SEMUA...

PERNAHKAH KITA RASA KECEWA DALAM HIDUP??




BILAMANA ALLAH UJI KITA...ITU TANDANYA ALLAH MENYAYANGI KITA......


"Ustaz....pernahkah ustaz merasa kecewa dengan hidup ustaz....? " Pernahkah dalam sesaat di dalam hidup ustaz ustaz merasakan yang diri ustaz ni tak berguna langsung kepada sesiapa pun ...malah tak berguna kepada ibu dan ayah sendiri.....?" Pernah tak ustaz digelar sebagai makhluk yang gagal....tak ada masa hadapan....pegi mampus lagi baik....?".............

Begitulah bertubi-tubi soalan-soalan yang singgah di telinga saya.... ditanyakan kepada saya ...oleh seorang lelaki....yang saya jumpa di dalam satu majlis......

"Ustaz ...inilah perasaan saya yang saya rasa..membungkam di hati ini.....saya seorang yang tidak berjaya di dalam hidup....pendidikan tak tinggi....tak berjaya pun masuk ke menara gading...mak ayah saya kata... saya ni otak lembap jika dibandingkan dengan abang dan kakak serta adik beradik yang lain.....ereka semua berjaya dengan kerjaya yang bergaji besar...tapi saya...anak yang takde masa depan...dengan kelulusan yang ada...saya tak layak memohon kerja dengan gaji yang besar yang menjadi impian keluarga....nak bagi mak bapak duit pun tak mampu...."

"Kengkadang ustaz ...duit gaji tak cukup.....nak makan pun takde duit....ada sekali tu saya kutip puntung rokok ..kat jalan sebab tak tahan nak hisap rokok...bila balik rumah mak dan ayah.....minta duit....kena sindir macam-macam.....

"Ustaz saya pernah cuba meniaga....tapi tak lama kena tipu....habis duit modal hangus....hilang macam tu aje....aduh ya Allah beratnya ujian ke atas saya ni.....kenapa ustaz...."

"Ustaz...saya pernah bertunang...tetapi putus tunang....kerana si dia kata tak ada jodoh antara kami....tapi sebenarnya saya dapat tahu dia dah berkenan pada jejaka lain yang lebih kaya dan berada daripada saya.....yang miskin ini....."

Sambil menyeka airmatanya dia menyambung kembali.....

"Pernah suatu ketika saya beranggapan bahawa hidup ini terlalu tidak adil bagi saya....Allah itu telah meninggalkan saya......kerana takdirnya itulah yang menyebabkan saya jadi begini......Ustaz...kecewa hati ini amat dalam...luka di hati ini..seakan tiada penyembuhnya....saya rasa sayalah...makhluk hina ...jijik pada pandangan orang lain hatta ibu bapa saya sendiri pun mengatakan....sampai bila -bila pun beginilah hidup kamu....takde masa depan....!!!"

Saya hanya terdiam seketika....memikirkan apakah jawapan yang paling layak saya berikan untuk hamba Allah yang hatinya sedang terluka dengan luka yang amat dalam ini.......

Saya pun bertanya kepadanya.....

"Tuan.....sekarang ni berkhidmat di mana?"

"Saya ni kerani am rendah aje ustaz....malu je nak sebut pada ustaz.....ada orang kata saya ni kerani cabuk......" katanya lagi menghina dirinya......

"Tuan....jangan kata begitu.....Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi apatah lagi menyusahkan kehidupan seseorang manusia itu......di sisi Allah bukanlahlah rupa..pangkat....kerjaya...harta....kemewahan....darjat bangsawan...yang menjadi ukuran.....tetapi ketaqwaan dan amalan yang solih yang menjadi perhatian......"

Tertunduk dia mendengar kata nasihat saya itu........

" Kesusahan...kesedihan...ketakutan...kelaparan....kemiskinan...kehilangan.....adalah suatu perkara yang Allah akan uji kita ...untuk membezakan siapakah diantara kita ini yang akan bersabar dan bersangka baik dengan Allah untuk menjadi hambanya yang beriman.....Ya saya tahu....bukan senang nak bersabar dengn ujian Allah....tetapi kita kena ingat.....para Nabi dan Rasul yang terdahulu lagi hebat ujiaannya...."

"Kita kena faham satu konsep yang menjadi sunnatullah....lagi kuat seseorang itu diuji maka lagi rapatlah dia hubungan dia dengan Allah...kerana ujian itu tanda Allah sedang memerhatikan kita...mengambil tahu tentang diri kita.....siapalah kita ini untuk mendapat perhatian Allah....?"

Tiba-tiba hamba Allah ini menutup mukanya sambil dia menangis teresak-esak

" Hu hu hu....ustaz...betulkah Allah itu sedang mengambil berat pasal diri saya ini?' Apakah saya ini ada tempat di sisi Allah.....mengapa banyak sangat ujian dan penghinaan yang saya dapat?"

Sambil saya memegang bahunya......saya berkata padanya.....

" Allah itu amat menyayangi hambanya.....Allah itu amat mengetahui kesusahan hambanya.....dan Allah jualah yang menghilangkan segala mudharat dan kesesakan hambanya di dunia ini....dengan syarat hambanya itu tidak hilang keyakinan dan keimananya terhadap pertolongan Allah..."

Lalu saya pun menceritakan kepadanya tentang seorang sahabat Nabi saw yang terkenal kerana ujian dan cabaran yang dikenakan kepadanya .........


"Tahukah tuan....Khabbab Al Arat adalah seorang sahabat yang telah mengalami banyak penderitaan yang pedih...semata-mata kerana mempertahan Iman dan Islamnya . Belakang badannya itu banyak meninggalkan parut yang sangat hodoh akibat dikelar dan disalai jasadnya di atas bara api oleh puak kafir Quraisy .

Suatu hari , Khabbab bertemu dengan Nabi saw yang sedang beristirehat dibawah bayangan kaabah . Lantas Khabbab sebagai seorang pejuang yang sekian lama di seksa dan memahami betapa getirnya berdepan dengan kuffar Quraisy segera bertanya kepada Nabi saw :

"Ya Rasulullah....Apakah Tuan tidak memohon kepada Allah swt agar memberi kemenangan kepada kita ? Adakah Tuan tidak berdoa bagi pihak kita ?

Pertanyaan ringkas ini seperti membangkitkan emosi Nabi saw lantas baginda saw menegaskan kepada Khabbab... betapa orang - orang terdahulu sebahagian mereka berjuang sehingga ada yang ditangkap dan ditanam sehingga separuh badannya di dalam tanah lalu digergaji kepalanya dan dibelah dua jasadnya .

Bahkan ada sebahagian daripada mereka yang disikat dengan sikat besi sehingga bercerai daging dari tulangnya namun mereka tetap teguh mempertahankan iman mereka.

Nabi saw juga menggambarkan betapa sakit dan seksanya orang - orang yang terdahulu dalam mempertahankan Islam . Biarpun sebesar mana mehnah dan ibtila' yang mereka hadapi , tidak menjadikan mereka berpaling dari perjuangan Islam yang suci ini .

Seterusnya Nabi saw meyakinkan Khabbab R.a... bahawa Demi Sesungguhnya Allah swt pasti akan menyempurnakan agama ini dengan lahirnya pejuang yang sanggup berkorban dan bergadai nyawa . Sehingga dunia menjadi aman dari sebarang ketakutan melainkan hanya takut kepada Allah swt Tuhan yang Maha gagah lagi Maha Perkasa . Malangnya kamu terlalu gopoh ...."

"Sejak dari itu Khabbab tidak lagi bertanya mahupun mengeluh dengan ujian yang dihadapinya....."

Sambil menyeka airmatanya.....hamba Allah ini memandang mata saya dan tersenyum....sambil dia berkata.....

"Ustaz....kiranya ujian saya ni kecik bebenor la ye....kalau dibandingkan dengan Khabbab?"

"Ye kecik sesangat....."Jawab saya yang merasa sedikit gembira melihat raut wajahnya yang sudah kembali ceria......

"Ustaz agak-agak ada tak gadis yang nak kat saya ni?'

"Ha ha ha ..insyaallah ada dan Allah akan berikan yang terbaik dan yang paling setia
serta menyayangi....." kata saya sambil ketawa kerana gelihati dengan pertanyaannya....


"Hummm ustaz lega rasanya.....terima kasih..ustaz..luangkan masa dengar masalah orang macam saya ni...terima kasih bebanyak.. kerana saya tak pernah dengar ceriita sahabat Nabi yang tadi tu.....insyaallah saya akan bersabar dan anggap semua ini ujian Allah untuk berikan sesuatu kepada saya yang lebih baik....."

"Insyaallah......Allah itu maha pengasih dan penyayang...jika kita sabar dengan ujian dan percaya dengan janji Allah Allah akan gantikan kesedihan kita dengan kegembiraan ...di dunia dan syurga di akhirat....."

"Hu hu hu Insyaallah ustaz...hu hu hu hu.....tenang jiwa saya....."

"Insyaallah semoga berjaya di dalam hidup dan bertemu jodoh yang terbaik pilihan Allah...."


P/S: ADMIN JUST COPY DARI ARTIKEL SEORANG USTAZ DI FACEBOOK.... SAYA DAH MINTA KEBENARAN KEPADA NYA TERLEBIH DAHULU,... BENDA YANG BERMANFAAT KITA SEBARKAN... AGAR SAMA2 DAPAT PAHALA...


INSYA ALLAH... ;)

BY: ADMIN~MAA~

JOM GI KULIAH UAI DI PERAK 23&24 FEBUARI INI

ADMIN JUST NAK AJAK TUAN2... PUAN2... KAKAK2... ADMIK2... ABANG2... SAHABAT2... KAWAN2... RAKAN2... UNTUK PERGI KE KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS DI PERAK PADA HARI SABTU DAN AHAD DI PERAK HUJUNG MINGGU NIE....

P/S: BUKAN SENANG UAI NAK DATANG PERAK TAU....  ( ^__ ^ )


 NIE FLYERS DAN BANNER YER:


                                          




DARI ADMIN MAA:
 SEBENARNYA... KAMPUNG GAJAH NIE TEMPAT TINGGAL ADMIN ~MAA~...  TU YANG EXCITED SANGAT NAK DENGOR CERAMAH UAI NIE... X PERNAH LAGI DENGAR SECARA LIVES.... SELAMA NIE LIVE STREAMING DGN YOUTUBE JER....

SAPA YANG BERHAMPRAN TU BOLEH LA DATANG YE... ;)

SEKIAN... WALLAHUA'LAM...


RAMAINYA UAI PALSU


Apps dalam android yang bukan UAI buat. Tapi org
lain buat. Jika ada yg salah jawab, UAI kata beliau
tidak bertanggungjawab. Beliau turut bagi tahu tidak ada
sebarang akaun twitter. Yang ada hanya fb fanpage Ustaz Azhar Idrus ( Original ) & Ustaz Azhar Idrus (https://www.facebook.com/ustazazhar.idrus.7)

INI USTAZ AZHAR IDRUS SENDIRI YANG CAKAP...


JADI... ADMIN NAK PESAN KAT SEMUA... JANGAN PERCAYA LAGI MANE2 APPS UAI YG BUKAN DARIPADANYA NIE YE... MOHON SEBARKAN...

~WALLAHUA'LAM...

BY: ADMIN ~maa~

Cara Mengenal Bulu Khinzir Yang Di Jadikan Berus

petama sekali.... admin nak mintak maaf kat pemilik blog iaitu sumber asal artikel nie...
anmin x mintak kebenaran nak share artikel nie...
tapi... admin rasakan ianya sebagai satu yang harus disebarkan kepada seluruh umat islam...

Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu khinzir…hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.




Ciri-ciri bulu khinzir:

1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain.Mungkin ada hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi,berhati-hatilah..Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi..

SEBARKAN UNTUK KEBAIKAN MUSLIM!

SUMBER ASAL ARTIKEL>>> KISAHEMASPUTIH.COM


Kebiadapan Sharnaaz

SALAM SEMUA...
ADMIN NAK TUNJUK LAGI SATU LAGI VIDEO TENTANG SHARNAAZ DAN SHILA AMZAH.... PATUTLA ND LALA X MINAT LANGSUNG DENGAN SHAARNAZ NIE... MMG CARA DIA CAKAP PON AGAK KURANG SOPAN... ;)


                       

ITU SAHAJA UNTUK KALI NIE... BERTEMU LAGI PADA POST ADMIN YANG AKAN DATANG...

BY: ADMIN ~MAA~

Cerai Rita Rudaini 25 Februari, Aidil Zafuan Bakal Kahwini Zarema Zainal?


Pada 25 Februari ini, Aidil Zafuan di’laporkan ada memfailkan permohonan cerai yang di’jangka bakal menjadi hari yang penting buat beliau & isterinya ketika ini, Rita Rudaini.
Memetik laporan Berita Harian, Rita Rudaini berkata yang beliau sendiri tidak pasti sama ada Aidil Zafuan akan melafazkan talak atau menarik balik permohonan cerai seperti sebelum ini.

p/s : Tabahlah Rita.. masih ada anak anak yang perlukan pengorbanan seorang ibu..


“Namun, Aidil (Zafuan) sengaja pilih tarikh ulangtahun perkahwinan kami yang kelima untuk kes permohonan cerai ini. Mungkin dia nak ceraikan saya sebab nak kahwin dengan Zarema,” ujar Rita Rudaini.
Aktress ini mendakwa telah menerima e-mail daripada seseorang yang mendakwa Aidil Zafuan kini sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis bernama Zarema Zainal.
Menurut e-mail tersebut, Aidil Zafuan & Zarema Zainal telah merancang untuk berkahwin pada Julai 2013 selepas menceraikan Rita Rudaini.
“Sebenarnya, saya dah tahu perkara ini sejak Aidil bermain dengan ATM lagi. Seperkara lagi, saya dah lama pasrah sejak Aidil keluar dari rumah. Apa saja keputusan Aidil selepas ini, saya sudah lama pasrah”


post by: admin ~MAA~





Sunday, February 17, 2013

MALAIKAT TURUN KA'BAH SEBENARNYA BOHONG???

SALAM... BEBERAPA TAHUN YANG LALU... SATU VIDEO TELAH DI UPLOAD KE DALAM YOUTUBE.... VIDE INI MENUNJUKKAN TENTANG MALAIKAT YG DIKATAKAN TURUN DI ATAS KA'BAH.... KORANG CUBA TENGOK VIDEO NIE DULU:

                           
DAH TENGOK??? FIRST TIME TENGOK MMG REAL KAN??? HAHAHAA... ANDA SEBENARNYA TELAH TERPERDAYA DENGAN HASIL REKAAN VIDEO INI...
CUBA TENGOK VIDEO YANG NIE PULAK.. DALAM VIDEO NIE... JELAS MENUNJUKKAN SEMUA VIDEO NIE HANYA REKAAN SEMATA-MATA.... MMG RAMAI YANG TERPERDAYA....

               

SAMA-SAMA KITA SHARE BENDA YANG BERMANFAAT INI... RAMAI LAGI YANG MASIH TERPERDAYA DENGAN VIDEO RAKAAN INI.... ;)

SEKIAN... WALLAHUA'LAM...

BY: ADMIN ~MAA~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
https://sites.google.com/site/r4vemaster/my-file/fb-like-pop.css sites.google.com