Thursday, March 21, 2013

Hanya Kerana Sedekah Sekupang


"Adik payung ni berapa harga?" tanya ku kepada adik penjaga gerai.
"Satu RM14.90 kak," jawabnya.
"Ok lah akak nak beli satu yang ini," sambil tangan ku memegang payung berwarna hijau.
Lalu 2 keping note merah kuhulurkan kepadanya, dan baki RM5.10 dihulurkan kembali kepada ku, namun aku kembalikan 10sen (sekupang dalam bahasa utaranya) kepadanya.
"Ambillah dik akak sedekah sekupang ni."
 Bagiku yang penting aku dapat payung untuk mengambil anakku dari kelas mengaji al-quran. Kebetulan tanpa ku sangka hujan turun mencurah-curah hari itu.
Selepas mengambil anak, aku bercadang untuk ke gerai seberang jalan untuk membeli makanan tengah hari, namun dijadikan cerita gerai makanan tersebut ditutup kepada orang ramai kerana para pekerjanya sibuk menyiapkan tempahan. Sesampai aku di hadapan gerai makanan tersebut, seorang pekerja menyapa ku,
"Kak kita tak buka untuk hari ini, tapi bos saya kata kalau akak nak beli jugak menu yang sama dengan tempahan ada lebihan," salah seorang pekerja di situ bertanya kepadaku.
"Lauk asam pedas ikan parang, sayur kacang goreng dan sambal belacan saja menunya," dia memberitahu.
"Hmm bolehlah dik, bungkus dua," kata ku.
Setelah bungkusan bertukar tangan lalu kutanyakan berapa harganya.
"Kak, bos saya kata tak payah bayar dia sedekahkan makanan ini untuk akak dan anak akak," terpana aku seketika, alhamdullillah rezeki bisik hatiku.
Sepanjang perjalannan balik peristiwa itu bermain-main dibenak fikiran ku. Pelbagai persoalan yang timbul, mungkinkkah kerana sedekah sekupang ku Allah gandakan balasannya dan dibayar tunai. Subhanallah... alhamdullillah... nikmat apa yang hendak didustakan lagi?
Aku teringat pada sabda junjungan yang pernah ku baca di laman rasmi Jabatan Kemajuan Islam dulu. 
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda :
"Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya."
(Hadis Riwayat Muslim)
Sedekah itu umpama pelaburan jangka panjang (long term investment) kerana Allah telah menjanjikan lima kebaikan di dunia dan lima kebaikan di akhirat iaitu; 
5 kebaikan di dunia :
1. Menyucikan harta
2. Menyucikan badan
3. Menolak bala dan penyakit
4. Mengembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin
5. Diberi keberkatan keatas hartanya dan diluaskan Allah rezekinya

5 kebaikan di akhirat pula ialah :
1. Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
2. Ringan hisabnya
3. Berat timbangannya (amalan)
4. Mudah melalui titian siratal-mustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga
Apa yang aku pelajari dari peristiwa ini untuk bersedekah tidak memerlukan wang atau harta yang banyak sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
"Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Paling penting hati kita mestilah melakukan dengan ikhlas kerana Allah.
Peristiwa yang telah aku lalui itu betul-betul membekas dihati kerana sedekah sekupang aku dapat makanan untuk dua orang. Sesungguhnya bersedekah itu indah.. ayuh sahabat sekalian marilah kita membanyakkan sedekah kerana Allah.


Semakin Ramai Anak Buang Ibu Bapa


etelah hampir 20 tahun saya bekerja di bidang perubatan, saya didedahkan dengan pelbagai pengalaman yang mengembirakan dan juga yang sangat menyedihkan hati.
Seperkara yang menyedihkan saya ialah apabila menyaksikan semakin ramai ibu-bapa yang dibuang oleh anak-anak mereka sendiri samada di hospital, rumah orang-orang tua dan ada juga yang dibuang ke masjid atau ke surau.
Kalau dulu, perkara seumpama ini banyak berlaku di kalangan masyarakat Cina terutamanya di kalangan mereka yang berada tetapi kini ianya telah menular kepada masyarakat Melayu yang beragama Islam.
Semakin kerap kedengaran berita anak-anak yang sibuk dengan kerjaya mereka menghantar ibubapanya ke rumah kebajikan orang tua. Apalagi apabila anak yang beragama Islam itu menghantar ibu atau ayahnya ke rumah kebajikan orang tua bukan Islam yang menjadi pilihan untuk dia membuang orang tuanya!
Tidakkah mungkin mereka berusaha mendapatkan pembantu rumah yang boleh menjaga dan membantu urusan kehidupan orang tua yang dahagakan kasih sayang mereka dan cucu-cicit mereka?
Sudah tiada tempatkah untuk orang tuanya di rumah kebajikan Islam? Mungkin juga dia merasakan orang tuanya akan dapat layanan terbaik di sana atau ada niat yang tersirat dalam memerli orang tuanya?
Saya sangat khuatir bahawa anak-anak yang kurang adab dan akhlaknya kepada orang tua mereka ini akan menerima nasib yang sama atau mungkin lebih teruk apabila mereka sendiri meniti usia senja nanti.....!
Kasihanilah ibu bapa dan garaplah kehebatan syurga melalui kasih-sayang dan bersabar dengan karenah ibu bapa yang berada di penghujung usia.

Sesungguhnya budaya menghormati dan mengasihi ibu bapa akan mewujudkan suasana yang harmoni, damai dan tenang dalam keluarga. Mari kita perhatikan maksud hadith Rasulullah saw ini sebagai peringatan kepada kita dalam menjaga adab dan berkasih-sayang dengan ibu bapa.
"Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami." (Hadis riwayat Tabrani)
Dalam hadith yang lain, baginda mengatakan bahawa perbuatan menderhaka kepada kepada ibu bapa merupakan maksiat yang akan di balas dengan segera di dunia ini.
"Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa." (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Ingatlah saudaraku,
Syurgamu kelak adalah pada redha ibumu, redha ibumu, redha ibumu dan juga pada redha bapamu.....!

Hijrah kepada Islam - Amir Junaid Muhadith @ Loon

Subhanallah.... Besarnya hikmah Hidayah yang diterima dari Allah s.w.t yang tidak terduga dek akal fikiran manusia..betapa seorang manusia yang terkenal dengan imej budak jahat melalui album serta penampilannya iaitu Chauncey Lamont Hawkins @ Loon yang merupakan seorang rappers yang bernaung dibawah label bad boy Records milik taikun hiburan, P.Diddy yang terkenal dengan lagu I Need A Girl (keluaran tahun 2001) berubah dan meninggalkan sama sekali bidang muzik serta imej jahat setelah memeluk agam Islam dengan nama Islamnya Amir Junaid Muhadith..dan alhamdulillah beliau telah berjaya menunaikan umrah.. Beliau berhijrah menjadi seorang Islam yang mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar..

Kini beliau menumpukan tugas sepenuh masa sebagai pendakwah dengan menggunakan kisah serta penghijrahan nya sebagai pedoman untuk dikongsi bersama.

Sedar-sedarlah wahai mereka-mereka yang memang dilahirkan Islam... muhasabah diri...Dekatkan diri kepada Yang Maha Esa sentiasa... Insyaallah kebahagiaan dan kejayaan hidup akan sentiasa anda rasai...

Sesungguhnya Rahmat dan Kasih Sayang Allah terlalu luas untuk kita semua dan tiada tolok bandingannya...Cara kita bersyukur dan menghargai akan segala Rahmat dan Nikmat Allah s.w.t adalah dengan mencari keredhaannya ..melaksanakan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang ..jadikan Al Quran dan Hadis sebagai panduan hidup... perhatikan setiap amal perbuatan/tindakan kita., pakaian....dll.....

"Alhamdulillah ...Terima Kasih Ya Allah atas segala Rahmatmu..dan semoga kejayaan dan kebahgiaan dunia dan akhirat diperolehi olehku dan pembaca blog ini ...amin"






[Video] "Dialah Nyawa Saya"

TERJUMPE PULAK VIDEO NIE... TENGOK JELAH (^_^)

Ops Israel! 7 april 2013 ! Anonymous mahu hapuskan israel dari dunia Internet

       

TGK VIDEO NIE..
Assalamualaiikum, dan selamat sejahtera.
Masih ingatkah anda Video diatas?
Ada beberapa suara suara mengatakan bahawa anonymous akan melancarkan serangan tanpa henti mulai 7 april 2013 untuk menghapuskan israel dari dunia internet.




Anonymous juga mengajak penggodam diseluruh dunia untuk bekerjasama.Mengikut apa yang di gembar gemburkan,Kini penggodam penggodam diseluruh dunia telah bersiap sedia untuk melakukan serangan termasuk dari Malaysia dan Indonesia.


Thursday, March 14, 2013

[TERKINI] Gambar Aksi Romantik Zain dan Rozita



Admin dok cari-cari gambar artis... tibe2 nampak gambar nie... jom tgk... haahaaaa =)




BANYAK LAGI GAMBAR DISINI >>> Ohbulan.com>>Zain dan Rozita

Tuesday, March 12, 2013

Dakwah menerusi Facebook sesuai ikut zaman


Dakwah menerusi Facebook sesuai ikut zaman





Peranan dakwah Islam melalui alam maya adalah antara cabang dakwah moden atau alternatif terkini yang memainkan peranan penting menggerakkan kempen dakwah Islam di seluruh dunia. 

Di sisi agama, cara terbaik untuk mengajak manusia mendekati syariat Islam adalah saranan menegur manusia dengan lemah-lembut, berhemah serta nasihat yang berhikmah dan bijaksana. 

Hal ini bertepatan firman Allah 

Taala: “Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dan dengan tutur kata yang baik.” (Surah An-Nahl, ayat 125) 
Pendekatan dakwah yang terbaik ialah menegur dan nasihat dengan berhikmah serta bijaksana. Pendekatan sama sesuai diguna pakai untuk berdakwah di alam maya seperti laman Facebook yang popular dalam masyarakat hari ini.
Tegur secara berhikmah

Oleh itu, pendekatan dakwah yang terbaik ialah menegur dan nasihat dengan berhikmah serta bijaksana. Pendekatan sama sesuai diguna pakai untuk berdakwah di alam maya seperti laman Facebook yang popular dalam masyarakat hari ini. 

Antara perkara yang boleh diterapkan dalam dakwah melalui laman Facebook ialah mengingatkan rakan muslimah menjaga aurat mereka supaya tidak menjadi tontonan bukan muhrim yang akhirnya menimbulkan fitnah kepada dirinya nanti.

Tuntutan menutup aurat dengan sempurna dijelaskan dalam firman Allah Taala: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Ahzab, ayat 59). 
Menggunakan kemudahan yang dapat mencapai lebih ramai kumpulan sasaran adalah pendekatan dakwah yang baik, lagipun mereka yang melayari laman Facebook terdiri daripada semua lapisan masyarakat.

Bina komuniti

Saranan kempen menutup aurat ini dijalankan dengan membina komuniti dalam talian melalui Facebook Groups dan Facebook Pages. Kedua-dua interaktif ini mempunyai kelebihannya tersendiri dalam berkongsi isi maklumat mengenai saranan menutup aurat. 

Contohnya, kumpulan ‘ AKU BENCI DEDAH AURAT DI LAMAN SOSIAL ’ akan berjaya dalam kempen mengajak orang ramai menutup aurat apabila menerima banyak penyertaan atau sokongan mereka yang sukakan kempen itu.

Kempen ini penting kerana adanya pihak tidak bertanggungjawab mempergunakan atau cuba mengeksploitasi kemudahan laman sosial bertujuan menyebarluaskan gambar atau video lucah bagi pelbagai tujuan negatif atau kepentingan tertentu.

Kempen menutup aurat di laman sosial dapat mencegah pendedahan aurat daripada terus berleluasa di samping mengubah pemikiran anak muda pada masa kini yang menyalahgunakan Facebook untuk melayari gambar dan video tidak bermoral.

Kempen menutup aurat di Facebook adalah satu tuntutan dakwah moden yang dapat mengajak manusia untuk mendekati keindahan syariat agama Islam yang hakiki.

Thursday, March 7, 2013

Gambar Perkahwinan Shila Amzah

SUMBER ARTIKEL> http://www.erazfadli.com

My mum thought this was me.She thought I was married.hehe..mak oh mak.. instagr.am/p/WXDRXlBkw0/
— NurShahilaAmirAmzah (@Shilaamzah) March 2, 2013

Shila Amzah dah nikah? Propa semua tu.. Gambar di atas Eraz jumpa semalam dalam pukul 11:34 PM.. Jumpa lepas merayau di Twitter dan nampak tweet Shila Amzah yang ditulis macam di atas.. 

Siapa setuju yang gambar diatas sebenarnya ada iras Shila Amzah..? Dan macam kembar kan.. Memang patutlah ibu Shila Amzah telah fikir yang gambar berkenaan ialah gambar perkahwinan Shila Amzah..

Sebelum kecoh, Shila dah jelaskan di Twitternya yang itu bukan dia.. Mana la tahu kot-kot jadi macam isu gambar Shila meminum Milo yang telah disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab..

Sumber info dan gambar : Twitter Rasmi NurShahilaAmirAmzah (@Shilaamzah)

p/s:
kepada tuan blog asal... mintak maap ye (^_^)
kite share2 artikel yang menarik ye ... =)


Sunday, March 3, 2013

[TERKINI] AGENDA YOUTUBE sebarkan HARLEM SHAKE KE SELURUH DUNIA

OK... KORANG CUBA PERGI KAT YOUTUBE...
CUBA TYPE : DO THE HARKEM SHAKE...
DAN TEKAN ENTER... BIARKAN KAT YOUTUBE TU...

TENGOK LA SENDIRI APE YANG TERJADI.... ASTAGHFIRULLAH.. :(

LEBIH KURANG MACAM NIE LA :


Saturday, March 2, 2013

[TERKINI] ‎3 cara bagaimana komando kita terbunuh?

Dua komando polis terbunuh setelah terkena ‘serangan mortar’ di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di Lahad Datu hari ini. Lihat di sini

Kemudian DS Najib beritahu, bahawa kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah itu telah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini.

Terkini pula, petang tadi, DS Najib berkata beliau dimaklumkan bahawa dua anggota polis yang terbunuh itu telah melihat bendera putih dikibarkan sebelum rakan kumpulan penceroboh itu memerhati gerakan anggota polis itu sebelum melepaskan tembakan.

Gambar di bawah adalah mortar.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
https://sites.google.com/site/r4vemaster/my-file/fb-like-pop.css sites.google.com