Monday, April 29, 2013

Menarik! Bagaimana Lampu Pusat Tenaga Di Dada Iron Man Dibuat



Ironman
Bagi anda yang meminati filem aksi sains fiksyen berjudul “Iron Man”, pasti anda tertanya-tanya bagaimana mereka membuat lampu tenaga di dada pelakonnya, Robert John Downey, Jr di buat dan kelihatan sangat realistik..Kalau nak tahu jawapannya, meh usha kat bawah ni.
1. Mula-mula, lateks dituang pada bahagian dada untuk membuat dada palsu.
2. Lateks itu kemudian diratakan dengan ketebalan tertentu supaya prop lampu reaktor itu boleh ditanam di dadanya dan nampak realistik.
3. Kemudian, lateks tadi akan diwarnakan.

4. Dada palsu tadi kemudiannya akan disembur dengan air brush dengan warna tona yang sama dengan warna kulit sebenar dan butiran seperti puting dan parut akan ditambah.
5. Prop lampu reaktor tadi akan dimasukkan pada sarungnya. Pada asasnya, lateks tadi telah pun menjadi kulit palsu dan mereka hanya perlu membuat lubang pada bahagian tengah dadanya.

Saturday, April 27, 2013

Wanita Lahirkan Anak Kuda.


Sebenarnya banyak kita dengar kes-kes tentang wanita melahirkan anak tetapi dalam bentuk fizikal haiwan. Seperti sebelum-sebelum ini kita juga pernah mendengar kes melahirkan ular dan sebagainya. Kejadian pelik kali ini pula berlaku di  Benin City, Nigeria di  sebuah gereja. Seorang wanita yang dikatakan tidak pernah mengandung selama 11 tahun telah melahirkan sesuatu yang amat pelik, iaitu seorang bayi yang menyerupai kuda. Bahkan ada juga yang mengatakan ia menyerupai seekor kambing.

Seorang saksi, Puan Veronica Egiebor, seorang jururawat, menyatakan bahawa wanita itu adalah seorang penjual sayur-sayuran dan telah berkahwin. Tujuannya datang ke gereja adalah berdoa dan memohon diberikan anak.

Beliau telah memegang kaki seseorang itu dengan pakaian kerana dia menolak sukar untuk bayi untuk keluar. Kemudian, ada sesuatu yang kelihatan jatuh. Namun bila dilihat, sesetengah orang memanggilnya kambing tetapi ia kelihatan seperti kuda. Ianya mempunyai leher yang panjang dan telinga yang panjang. Ia adalah sama seperti kuda, walaupun ia adalah dalam bentuk bayi.

Kejadian tersebut berlaku dalam sebuah gereja yang di gelar World Liberation Ministry, Evuoriaria Community di Nigeria sewaktu sessi berdoa oleh paderi.

Bayi berupa kuda itu dikatakan mati setelah beberapa ketika, ianya dibiarkan diatas lantai gereja untuk tatapan orang ramai sebelum dibuang pada keesokkan harinya.


Wednesday, April 24, 2013

Sebab Kenapa Tandas Wanita Dan Lelaki Tidak Bersebelahan??



Inilah Sebab Kenapa Tandas Lelaki Tidak Boleh Dekat Dengan Tandas Wanita..hahahaha..Lihat sahaja animasi dibawah... semoga terhibur semua...








[6 Foto] Renjatan Elektrik Menghanguskan Lelaki Ini


PERHATIAN bagi yang lemah semangat itu dilarang melihat paparan ini.







Fuh Kejam! Wanita Mengandung Ini Dibunuh Dan Di Belah Perutnya







MILWAUKEE, Amerika Syarikat - Sebuah mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak AS$1 juta (RM3.13 juta) ke atas seorang wanita, Annette Morales-Rodriguez yang berpura-pura mengandung sebelum menyerang dan membunuh seorang ibu yang sarat mengandung dengan menggunakan kayu pemukul besbol dan membelah perut mangsa dengan pisau untuk mengeluarkan bayinya.

Wanita yang mati itu, Maritza Ramirez-Cruz dan bayi yang dijangka dilahirkan pada minggu hadapan, mati dalam kejadian tersebut, menurut dokumen mahkamah yang difailkan kelmarin.

Morales-Rodriguez, 33, menghadapi tuduhan membunuh dengan sengaja tahap pertama dengan menggunakan senjata serta membunuh janin dengan menggunakan senjata. Morales-Rodriguez yang hadir ke mahkamah, berhadapan hukuman mandatori penjara seumur hidup jika didapati bersalah.

"Saya tidak tahu apa yang berada di dalam fikirannya," kata Maria Garcia, 44, yang tinggal berjiran dengannya.

Menurut laporan siasatan, Morales-Rodriguez memberitahu teman lelakinya mahu mempunyai anak tetapi dia tidak mengandung. Wanita itu kemudian berpura-pura hamil dan apabila jangkaan kelahiran palsunya semakin dekat dia mencari wanita hamil. Morales-Rodriguez kemudian mencari wanita yang hamil dan menemui Ramirez-Cruz di sebuah pusat perlindungan.

Dia kemudian menawarkan Ramirez-Cruz menaiki keretanya dan berhenti di rumahnya dengan alasan untuk menukar kasut pada Khamis lalu. Morales-Rodriguez kemudian bertindak membunuh Ramirez Cruz dengan kayu besbol sebelum membelah perutnya dengan tujuan untuk mengambil bayinya untuk dijadikan anaknya.

SUMBER: KOSMO

KEJAM!! HUKUMAN ROTAN PALING EKSTREM DI NEGARA CHINA


Adoii!!1 tergamak sekolah di china merotan pelajar begitu ekstrem,,sangat dahsyat guru2 mendidik para pelajar mereka. menurut salah seorang tenaga pengajar disana , hukuman disiplin yang biasa tidak mampu membendung salah laku pelajar, hanya dengan hukuman berbentuk fizikal begini yang mampu mengubah mereka.


ayuh kita saksikan foto2 apa yang berlaku selepas pelajar ini dirotan;










p/s; dah macam hukum sebat dimalaysia jer ni

Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam



Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.
Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.
Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.
Keanehan Air Zam-Zam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah
untuk diuji.
Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.
Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.
Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.
Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.
Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.
Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.

KEJAM!!!Bunuh 100 Bayi Dengan Gunting!(4 gambar)


KEJAM!!!Bunuh 100 Bayi Dengan Gunting!(3 gambar) | Philadelphia – Seorang graduan sekolah perubatan mendedahkan bagaimana dia melihat bayi dilahir dan dibunuh dengan gunting secara rutin di Philadelphia.

Stephen Massof, 50, dari Pittsburgh, menceritakan kekejaman itu dalam perbicaraan terhadap bekas ketuanya Kermit Gosnell, Khamis lalu.

Gosnell, 72, dituduh membunuh tujuh bayi yang masih hidup di klinik Perubatan Wanita Philadelphia.

Dia berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Massof yang menantikan hukuman selepas mengaku bersalah membunuh dua bayi baru lahir di klinik itu mendedahkan bahawa dia menyaksikan pengguguran bayi pada usia 26 minggu – dua minggu melepasi had 24 minggu yang dibenarkan.

Dia juga mendakwa melihat 100 bayi yang baru dilahirkan digunting di belakang leher bagi memastikan mereka mati.



Massof turut menceritakan mengenai adegan mengerikan di klinik itu yang begitu kotor dan peralatan pembedahan yang berkarat.

“Ia penuh dengan janin. Janin dan darah ada di merata tempat. Ada yang kepalanya sudah tanggal dengan otak dari tubuh,” katanya kepada NBC.




Dia juga mendakwa mesin ultra bunyi di klinik itu dimanipulasi bagi membolehkan janin kelihatan kecil dan lebih muda.

Graduan perubatan itu juga menjelaskan dia memperoleh ijazah perubatan dari Grenada di Hindia Barat dan tidak menamatkan latihan doktor pelatih ketika bekerja dengan Gosnell pada 2003.

Tetapi Massof berkata, dia yakin niat ketuanya jujur dan doktor itu percaya dia membantu wanita miskin yang selalu datang ke kliniknya.

“Saya percaya Gosnell jujur mahu membantu wanita dan melindungi mereka daripada didera dan diabaikan,” katanya.

Perbicaraan itu kini masuk minggu ketiga dan dijangka selesai akhir bulan ini.

Lapan pekerja klinik sudah mengaku bersalah atas pelbagai tuduhan, manakala pekerja kesembilan masih dibicarakan dengan Gosnell.

Massof bekerja lima tahun di klinik itu sebelum meninggalkan tempat itu pada 2008 kerana bertelingkah dengan pekerja lain.

“Saya rasa macam anggota bomba di neraka. Saya tidak dapat memadamkan kebakaran,” katanya.



Dia menghadapi tuduhan membunuh tiga tahun kemudian selepas siasatan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) terhadap pemberian ubat tahan sakit Gosnell mendorong kepada serbuan di klinik itu dan kes pengguguran lebih serius.

Pendakwa raya menuduh Gosnell mengaut keuntungan lebih AS$1 juta (RM3.1 juta) setahun di klinik itu. Dia mengenakan bayaran sebanyak AS$3,000 (RM 9,168) untuk setiap pengguguran.-Daily Mail
sumber

Simpati..Inilah 7 Bayi Aneh yang Pernah Dilahirkan Ke Dunia.Lihat!


1. Bayi Terkecil di Dunia 



Tanggal 24 Oktober 2006, Amillia Taylor dilahirkan pada usia kandungan ibunya 21 minggu 6 hari. Tidak pernah ada bayi yang dilahirkan kurang dari usia kandungan 23 minggu boleh hidup, tapi Amilia yang hanya mempunyai berat 10 ons bisa lahir sempurna, bahkan tubuhnya masih mampu untuk bernafas sendiri dan cuba menangis. Bahkan rumah sakit sebenarnya boleh mengizinkan bayi ini dibawa pulang, hanya saja ibunya diminta tinggal beberapa hari lagi untuk bahan kajian. Saat akan dibawa pulang beratnya sudah mencapai 18 ons (1.8 kilo).

2. Bayi 20 Kilogram

Bayi ini lahir di Iran, saat usianya 7 bulan beratnya sudah mencapai 20 kilogram. Menurut orang tuanya bayi mereka lahir dengan berat yang normal iaitu 3.6 kilogram, tapi setelah itu mereka menyebutkan bahawa bayi mereka ini tidak pernah berhenti makan setiap jam. Doktor-doktor Iran belum menemukan jawapan atas kenehan nafsu makan bayi ini.

3.Bayi Cyclop


Tahun 2006, bayi ini dilahirkan dengan hanya mempunyai satu mata. Kakitangan perubatan yang membantunya lahir percaya bahawa keadaan bayi itu disebabkan oleh ubat eksperimen anti kanser. Penyebab lain ditulis dalam laporan rumah sakit itu adalah boleh juga merupakan hasil dari kelainan kromosom. Bayi perempuan itu didiagnosis mengalami kelainan kromosom yang jarang, yang disebut cyclopia. Dia dilahirkan dengan satu mata di tengah kepala bahagian depan, tidak memiliki hidung, dan otaknya berkumpul dalam satu belahan saja. Dengan segala kelainan ini, sungguh suatu mukjizat jika bayi perempuan ini boleh bertahan hidup. Bayi malang ini akhirnya meninggal beberapa hari kemudian.

4. Bayi Mirip katak


Tahun 2006, bayi aneh ini lahir di Charikot, pusat daerah Dolakha, dan menarik perhatian begitu banyak orang yang ingin sekadar melihatnya dan menjadi saksi keanehan ini.

Bayi tak berleher dengan kepala yang hampir seluruhnya tenggelam pada bahagian tubuh atasnya dan bola mata yang ukurannya sangat besar seperti mau melompat dari kelopaknya ini lahir dari pasangan Nir Bahadur Karki dan Suntali Karki di rumah sakit Gaurishnkar di Charikot. Pasangan ini adalah penduduk Birkhot VDC, Dolakha. Ibu dari bayi ini memaklumkan bahawa bayinya akhirnya meninggal sejam selepas kelahirannya dan diserahkan ke rumah sakit setelah kematiannya. Polis tempatan sampai harus mengendalikan kumpulan massa ini. Bayi yang dilahirkan dengan berat 2 kg ini dilahirkan pada usia kandungan normal yaotu 9 bulan. Suntali, yang sebelumnya sudah mempunyai dua anak perempuan normal, tidak merasakan keanehan apapun selama kehamilannya. Nir Bahadur, ayahnya, mengatakan bahawa dia pun tidak memilili firasat apa-apa mengenai bayinya dan tegar atas kematian bayinya. "Saya cukup bahagia bahawa tidak berlaku apa-apa atas isteri saya" ujarnya. Ada yang mengatakan bahawa bayi ini mengalami keadaan yang disebut anencephaly, suatu kelainan saraf dengan susunan otak yang kurang upaya.Bayi seperti ini akan meninggal beberapa hari selepas kelahirannya seperti bayi cyclops. Untuk mencegahnya seorang wanita dianjurkan mengambil sayur-sayuran di awal kehamilannya.

5. Bayi dengan Tiga Lengan


Bayi ini namanya Liu Junjie dari wilayah Anhui, China, terlahir dengan tiga lengan tahun 2006 . Para doktor berjaya membuang lengan ketiganya yang sangat jarang dan berbentuk cukup sempurna. tetapi bayi malang ini memerlukan terapi fizikal yang lama untuk membolehkan dua lengan selebihnya yang tidak mempunyai telapak dan susah digerakkan. "Kami berharap berkongsi maklumat dengan doktor-doktor yang pernah mencari kes ini dari seluruh dunia" ujar Chen, kepala jabatan ortopedik di Shanghai Children 's Medical Center. "Hal ini sangat jarang berlaku dan kami tidak banyak mempunyai maklumat untuk bertindak.

7. Bayi Terlahir dengan Berat 7,75 kg


Seorang wanita Siberia tahun 2007 melahirkan bayinya dan terkejut bila mengetahui anaknya yang ke-12 itu mempunyai berat 7,75 kg. "Kami sekeluarga terkejut" ujar ibu dari Nadia, nama bayi itu. "Selama kehamilan, saya makan apa saja. Kami tidak punya wang untuk membeli makanan-makanan khusus, jadi aku hanya makan kentang, mie, dan tomato. "Tambahnya sambil mendedahkan bahawa bayi seblumnya juga dilahirkannya dengan berat lebih dari 5 kg.

Sumber

Subhanallah!!! Bayi Wajah Ganjil Dilahirkan di Nigeria



Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar.

Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak istimewa tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.

Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan.

Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera.

Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya. Bayi itu tidak mempunyai otak. Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.


sumber : blog beauty of islam :)

[9 GAMBAR] Fasha Sandha Kongsi Foto Terbaru Putra Rayfal





Wah, gembira nampaknya Fasha Sandha selepas melahirkan anak pertamanya. Sedar tak sedar sudah masuk hari ke-10 Putra Rayfal Ramli menyedut udara dunia ini semenjak ia dilahirkan pada 15 April yang lalu

Dan sebentar tadi, Fasha telah memuatnaik beberapa keping gambar dia dan Jejai membawa anak lelaki mereka itu untuk menjalani medical check-up buat kali pertama ke sebuah hospital di ibukota.

Fasha turut mengucapkan rasa bersyukur dalam sekeping foto yang dimuatnaik ke lamanInstagram-nya.


“Putra is 10 days old. Alhamdulillah healthy baby. no jaundice. Miracle. Baby yang baik. Semoga Putra sihat selalu dan membesar dengan baik. Amin.”



Dia yang hanya memakai dress berwarna ungu sempat mengambil beberapa keping foto bersama Putra Rayfal.



Tengok tu, comel je Putra Rayfal tidur. Mungkin besar nanti bakal ikut jejak langkah ibunya. Atau mungkin jadi pelumba kereta seperti Jejai. Kan?

Jom tengok lagi foto-foto Putra Rayfal selepas ini.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
https://sites.google.com/site/r4vemaster/my-file/fb-like-pop.css sites.google.com