Sunday, June 30, 2013

SEDIH! BAYI KEMBAR 12 INI TERPAKSA DIBUNUH


SEDIH! Bayi Kembar 12 Ini Terpaksa Dibunuh | Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!

Thursday, June 27, 2013

GORILA PUTIH TUNGGAL DI DUNIA MATI AKIBAT KANSER

Sekadar Gambar Hiasan

SNOWFLAKE atau Copito de Nieve (dalam bahasa Sepanyol), seekor gorila putih (albino) yang satu-satunya dikesan di dunia matu di Zoo Barcelona, Sepanyol akibat kanser kulit.



Gorila jantan ini ditemui di Equatorial Guinea, Afrika Tengah pada tahun 1966 dan di anggarkan berusia 38 ke 40 tahun atau berusia 80an bagi ukuran manusia.


Usia purata gorila di alam bebas ialah 25 tahun.


Di Zoo Barcelona, pada usia 37 tahun,Snowflake telah menjadi bapa kepada 22 anak gorila dan beberapa cucu, hasil perkahwinannya dengan beberapa ekor gorila betina. Namun tidak seekor pun dari anaknya yang menjadi albino.


Snowflake diktahui menderita kanser kulit pada tahun 2001 dan usaha merawatnya giat dijalankan termasuk memberi ubat antibiotik, anti depresi dan menjalani tiga pembedahan.

penyakitnya membuat banyak orang bersimpati kerana gorila ini menjadi kesayangan penduduk Barcelona.

Sebelum kematiannya, Datuk Bandar Barcelona memberi kesempatan pada masyarakat untuk mengucapkan selamat tinggal pada Snowflake.-Aneka Tips

Wednesday, June 26, 2013

Bahaya!!! Kepak Ayam Pada Wanita

KISAH BENAR

Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim dan dia menjalani pembedahan untuk membuang cyst tersebut. Cyst yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya. Tertanya-tanya bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak kerana didapati di tempat-tempat ini kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita. Ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan cyst yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam..

Sila sebarkan ~

TAKZIAH : IBU KEPADA SITI SARAH MENINGGAL DUNIA



Takziah : Ibu Kepada Siti Sarah Meninggal Dunia | Setelah beberapa tahun melihat keperitan dan kepayahan ibu mertuanya, Nooraini Mohamad, 56, menanggung penyakit 3 serangkai (Kencing Manis, Darah Tinggi, Sakit Jantung), akhirnya pelawak Shuib merelakan serta redha apabila nyawa ibu kepada penyanyi, Siti Sarah itu diambil untuk selamanya pada 6.35 pagi tadi.

Shuib berkata dia lebih rela melihat nyawa ibu mertuanya diambil daripada melihatnya terseksa menanggung penyakit berkenaan sejak 3 tahun dia mengenali keluarga isterinya itu.

"Saya mewakili Siti Sarah yang sedang bersedih di atas pemergian ibunya berasa lega apabila melihat ibu mertua saya pergi dengan keadaan yang sangat tenang di Hospital Ampang Puteri, pagi tadi.
"Memang sejak 2 hari ini, kami meluang masa yang lebih kepadanya selepas melihat keadaannya yang sangat kritikal.

"Malah sejak saya mengenali Sarah sekaligus ibunya 3 tahun lalu, saya sudah melihat keperitan dan kepayahan ibunya menanggung sakit itu dan saya rasa saya sendri tidak tertanggung bila melihat dia menderita.

"Jadi bila dia menghembus nafas terakhir pagi tadi, kami sudah rela dan redha dengan pemergiannya kerana kami sudah tahu usianya tidak panjang lagi dan sudah bersedia menerima ketentuan daripada Tuhan," katanya yang dihubungi murai.com.my

Ibu Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang Puteri itu akan dikebumikan di Gombak kira-kira jam 12 tengah hari ini.

Shuib yang aktif dengan laman sosial Twitter dan Instagram miliknya bernama shuibsepahtu itu berkata sejak ibu mertuanya kritikal dan berada di ICU 2 hari lalu dia menggunakan media tersebut untuk meminta doa daripada pemiant dan rakanya.

"Saya tahu follower Twiiter dan Instagram saya ramai, jadi saya guna media itu untuk mereka mendoakan ibu mertua saya sejak dia sakit kritikal sehinggalah dia menghebuskan nafas terakhir.

"Ramai juga yang mendoakan kesihatan ibu mertua saya sebelum ini, dan bila dia sudah kembali kerahmatullah ramai juga yang bersedekat al-Fatihah untuk arwah.

"Saya harap arwah tenang di sana dan kami mendaoakan semoga rohnya dicucuri rahmat," luahnya lagi.

Shuib dan Siti Sarah telah bernikah pada 26 Ferburai 2011 dan mereka telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Uwais Alqarni berusia setahun 6 bulan dan Dzahira Talita Zahra yang abru berusia sebulan.-murai

Saturday, June 22, 2013

Tanda 100 Hari Sebelum Kematian

577528 397528040277978 1842195383 n 590x442 Tanda 100 Hari Sebelum Kematian
Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati.

• Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

• Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

• Tanda 7 hari.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

• Tanda 1 hari.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

• Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahua’lam..

“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran”.
~Surah Al-’Asr.

Thursday, June 20, 2013

[7 Foto Cool!!] Potret Penumpang Keretapi Di Jepun Yang Mati Tersepit

Sepit sepit...

Jepun ialah sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Kami yakin anda pernah melihat gambar penumpang keretapi Jepun yang dipadatkan kedalam gerabak oleh penjaga platform bagi membenarkan pintu gerabak ditutup. Michael Wolf,seorang jurugambar dari Jerman mengambil gambar-gambar di bawah untuk siri foto beliau yang diberia nama Tokyo Compression.

Adakah anda sanggup menaiki keretapi jika setiap hari anda harus berhimpit seperti warga Tokyo? Kami yakin ramai Malaysian tak sanggup kerana hidung tinggi. Terlalu sombong dengan kereta sub standard yang diberi pada harga 200% lebih mahal dari biasa! 





Laporan asal Laughing Squid
Sumber

Proses Kehilangan Jari Selepas Dipatuk Ular Berbisa.


Biasanya racun yang dimiliki oleh jenis ular cobra atau kala jengking jenis tertentu, sungguh berbisa .Walaupun mangsa patukan terselamat tetapi bahagian yang dipatuk bakal cacat dalam waktu yang sangat singkat.


Mengerikan !!! Diharap kita dan keluarga tidak akan pernah mengalami hal mengerikan seperti ini. Cuba lihat gambar dibawah ini.





Onani Beri Kesan Buruk Pada Kemaluan

Onani Beri Kesan Buruk Pada Kemaluan

Melakukan onani tabiat biasa bagi lelaki. Malah, ramai antara anda terbiasa dan sukar menghentikan tabiat itu.
Lagipun, semestinya sukar berhenti daripada perkara yang memberi keseronokan. Individu yang terperangkap dengan onani akan mendapati tidak mudah menghindari perbuatan itu.
Perasaan resah atau gelisah apabila tidak melakukan onani dikenali simptom ‘withdrawal’ yang membuatkan seseorang sukar memberhentikannya.
Jika mempunyai simptom itu, anda boleh dikatakan ketagih onani.
Untuk mengelakkannya, anda perlu mengunci minda dan perlu sentiasa beranggapan onani tidak memberi kebaikan kecuali keletihan, kelesuan, berasingan dan berseorangan kerana mencari masa untuk melakukannya.
Simptom keradangan kulit zakar juga kerap berlaku kepada individu yang kerap beronani, antaranya kegatalan dan kemerahan di sekitar pergelangan zakar.
Ia sebahagian daripada kesan buruk amalan onani. Jika menggunakan sabun untuk beronani, kulit zakar akan menjadi kering dan gelap. Jika menggunakan tangan tanpa krim pelembap, kulit zakar akan kesat, kasar dan kelihatan gelap.
Jika menggunakan minyak, mungkin bahan dalam minyak memberi alahan kepada kulit.
Jika merangsang diri dengan menonton cerita lucah, tentu anda akan ketagih filem porno pula.
Ini memberatkan lagi usaha berhenti melakukan onani. Anda perlu berfikir panjang. Jika ketagih onani, anda akan mendapati anda tidak dapat mengelakkannya walaupun selepas berkahwin.
Malah, anda mungkin melebihkan perbuatan itu kerana lebih selesa daripada berdampingan dengan isteri.
Saranan saya kepada lelaki yang masih mengamalkan onani, berhentilah segera. Lebih cepat anda hentikannya, lebih cepat kehidupan anda menjadi lebih cerah.
Jika amalan onani itu memberi kesan kepada zakar seperti keradangan kulit, anda perlu berjumpa doktor dan jalani pemeriksaan.
Ia mungkin kesan amalan onani, alahan kepada minyak atau krim atau apa-apa yang anda gunakan untuk melakukan onani atau anda mempunyai masalah penyakit kulit. – Dr. Ismail Thamby (HARIAN METRO)

KISAH SEDIH !!! Bayi Dijadikan Hidangan

taiwan
taiwan2
taiwan3
taiwan4
Jangan terkejut melihat gambar-gambar ini kerana di Taiwan, ini ialah makanan yang paling digemari ramai. Mayat boleh diperolehi dengan sangat mudah dari rumah mayat dengan harga sekitar $50 – $70.
P/S : Korang sanggup ke makan daging manusia?

Monday, June 10, 2013

SAINTIS ISRAEL “CIPTA” AYAM BOGEL TANPA BULU (5 GAMBAR)




Saintis Israel “Cipta” Ayam Bogel Tanpa Bulu (5 Gambar) | Saintis Israel di Israelis Rehovot Agronomy Institute telah menghasilkan ayam yang diubahsuai secara genetik. Apa sifat yang diubahsuai ialah ayam ini tanpa bulu. Dalam kata mudahnya, ayam ini ialah ayam togel. Mereka mendakwa bahawa ayam yang telah diubahsuai ini hidup lebih lama dan tahan di negara yang beriklim panas.









Saturday, June 1, 2013

FOUZIAH GOUS SELAMAT BERTUNANG

PELAKON cantik, Fouziah Gous selamat bertunang dengan jejaka pilihannya, Md Zhafran Md Yusof, malam ini.


Cincin pertunangan disarungkan ke jari Fouziah oleh ibu Zhafran, Normah Ali.

Pihak perempuan menerima lima dulang hantaran  berbalas tujuh daripada pihak lelaki.

Majlis pertunangan berlangsung di Asmara Penchala (Bora Asmara) dengan meriah sekali.


Turut hadir rakan artis, Ziela Jalil.

Isnin lalu, Fouziah mengumumkan khabar gembira di mana dirinya sudah dilamar dengan cara yang istimewa oleh Zhafran dengan menaiki helikopter, Sabtu lalu.

Pasangan ini dijangka bernikah tahun ini sekitar tiga atau empat bulan dari sekarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
https://sites.google.com/site/r4vemaster/my-file/fb-like-pop.css sites.google.com