Tuesday, February 19, 2013

KEMPEN PAKAI SARONG???



ADMIN RASE AGAK UNIK ACARA INI... TIDAK LAH SEPERTI DI LUAR NEGARA... YG BUAT NO PANTS(TIDAK BERSELUAR)...... SEPERTI VIDEO DI BAWAH NIE...




HRRMM... MMG BAGUS LA MALAYSIA... ;)

BACA KENYATAAN KOSMO ONLINE :

LRT, monorail adakan pesta sarong esok

24/02/2012 7:39pm

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Monorail esok digalakkan menyertai program ”Kereta Api Sarong”.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad, Datuk Shahril Mokhtar meminta orang ramai menyertai petugas RapidKL dan KL Monorail memakai sarong bagi menyokong dan memeriahkan acara itu.
"Malah, saya juga mengajak mereka yang tidak bekerja pada hari itu supaya sama-sama memeriahkan acara berkenaan dengan menaiki tren dan berkumpul bersama warga kota lain di Pasar Seni pada Sabtu pukul 4 petang. Tentu menarik nanti apabila melihat ramai orang memenuhi bandar raya dengan berkain pelekat dan berkain batik.
"Ini sesuatu yang boleh menyatukan semua rakyat Malaysia dan mempamerkan semangat 1Malaysia kerana ia tidak mengira bangsa, agama dan usia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau juga menasihati penumpang supaya menggunakan Kad MyRapid Prasarana untuk menjamin kelancaran perjalanan apabila menggunakan dua rangkaian perkhidmatan itu.
Program itu dianjurkan sebuah pertubuhan bukan mencari keuntungan Random-Alphabets bertujuan menggalakkan orang ramai berkomunikasi secara unik.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
https://sites.google.com/site/r4vemaster/my-file/fb-like-pop.css sites.google.com