Thursday, February 7, 2013

PERKONGSIAN ILMU SEORANG HAMBA

ASSLAMUALAIKUM.... saya harini nak berkongsi satu perkongsian menarik yang saya ambil dari facebook seorang ustaz... diharap anda dapat membaca dari awal sampai habis... sangat2 menarik... ;)



USTAZ....DIA NI KUAT SEMBAHYANG TETAPI MENGAPA DIA JUGA KUAT MENGATA ORANG?


Satu soalan yang ditanya kepada saya......oleh seorang friend dalam facebook....soalan nampak simple tetapi agak payah juga bagi yang bertanya itu untuk dia memahaminya.. jika kita tidak teliti menjawabnya.....

Hmmm...ustaz katanya lagi ..ada orang kuat berpuasa sunat dan rajin solat ..tetapi dia gemar menonton filem lucah.....mengapa dia jadi begitu...?

Saya teringat kata-kata Fadhilatul Imam al-Akbar al Marhum As-Syeikh Sya'rawi....ulamak tafsir yang tersohor di negara Arab yang menyatakan di dalam salah satu kitab karangannya:

Musuh manusia itu ada dua...

1- Bisikan Syahwat
2- Bisikan Syaitan.

Apa bezanya bisikan syahwat dan bisikan syaitan?

Bisikan syahwat itu apabila seseorang itu tidak membuat pelbagai maksiat...tetapi dia membuat satu maksiat yang digemarinya dan mengulanginya...serta mengulanginya walaupun sudah bertaubat dan rasa bersalah....contohnya..dia tidak berzina..atau merompak...atau mengambil rasuah atau minum arak...tetapi ada satu maksiat yang dia tak boleh tinggalkan iaitu mengumpat dan selalu mengulangi perbuatannya itu....walaupun dia seorang yang kuat sembahyang dan berpuasa sunat.

Bisikan Syaitan pula ialah apabila dirinya merasa tidak puas dengan satu maksiat....semua perbuatan maksiat dia hendak lakukan dengan niat nak mencuba.....dan apabila sudah terjerumus dan terlibat dengan maksiat itu dia berbangga dan gembira melakukan pelbagai maksiat tanpa ada rasa bersalah mahupun rasa berdosa.Maka orang ini adalah orang jahat yang tidak akan melakukan ibadat baik sembahyang..puasa...bersedekah..dan sebagainya......

Jadi kita ni banyaknya kalah dengan bisikan syahwat.....walaupun kita solat....puasa sunat....berzikir...tetapi kita tak dapat buang satu maksiat yang kita suka dan kita merasa lemah untuk menghalangnya.....walaupun orang panggil kita pak lebai...namun hanya kita dan para malaikat serta Allah yang maha mengetahui rahsia kita.

Oleh itu marilah kita bersama-sama melawan dua musuh utama yang menghalang kita dari menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah.......marilah kita bertaubat nasuha dari segala dosa kita yang lalu dan marilah kita gantikan segala dosa-dosa di zaman jahiliyah kita dengan mengerjakan ibadah dan kebaikan.....

Semoga jawapan ini dapat merungkaikan kekusutan yang ada...........

wallahua'lam... semoga dapat mengambil sedikit iktibar dari perkongsian ilmu ini...

admin ~MAA~



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
https://sites.google.com/site/r4vemaster/my-file/fb-like-pop.css sites.google.com